Nuffang Ads

Monday, 28 September 2015


  Sudah masuk minggu ke-4 untuk semester 4.. so banyak sudah belajar dan sedang menanti test pertama untuk semua subjek.. go syamirah.. go syamirah.. u can do it..

   Semester ini semua subjek saya minat.. dan dah set in mind bahawa semua subjek sem nie adalah senang.. Ingat kawan2 bila kita SET IN MIND bahawa semua senang, dan INSYAALLAH semua akan senag dan dipermudahkan oleh ALLAH swt... Jangan cepat putus asa kawan2 selagi belum mencuba kawan-kawan..

     Subjek Thermal adalah subjek yang tengah-tengah.. senang ada dan susah pun ada tapi bila kita faham, semua akan jadi mudah kerna subjek ini banyak tengok jadual.. Bila kita paham jadual maka semua akan jadi senang dan jangan tersalah tengok jadual kawan-kawan, bila tersalah maka salahlah semua..

      Belajar selagi termampu dan janganlah berputus asa.. setiap hari sebolehnya study 1 jam or 30 minit tanpa gajet.. offkan mobile data anda.. Dengan itu anda dapat fokus 100% dengan cepat n mudah.. tapi saya lebih suka study dengan mendengar radio kerna lain orang lain caranya untuk study.. Betul x kawan-kawan???

     okay, dah xtau nk tulis apa... rasanya ayat lintang pukang n campur- campur dah nie.. hehe.. nanti da masa saya edit balik n tulis dengan lebih detail about subjek2 yang saya amik untuk semester ini..

sekian...

Sunday, 20 September 2015

Kata-kata cinta

Assalam,
Hari ini kita dengar kata2 berkaitan cinta pula..Ada suka dan ada duka.. 







Sekuat mana pun kita, cinta ada kalanya harus dimikiki dan adakalanya harus dilepaskan.. fikir-fikirkan Lah.  
Sekian.

Saturday, 19 September 2015

Kata-kata Motivasi dan Semangat

KATA-KATA SEMANGAT DAN MOTIVASI

       Kita pernah rasa terjatuh dan tersungkur malah pernah berada di bawah tekanan yang sangat hebat dan pahit untuk dilaluinya.. Mungkin dengan kata-kata semangat kita dapat bangkitkan kembali semangat kita yang hampir pudar dan berputus asa..
Malah saya juga pernah mengalami tekanan yang kritikal yang membuatkan saya hampir berputus asa dan menangis sepanjang masa tapi alhamdulillah dengan adanya Allah, family, kawan-kawan dan kata-kata semangat yang diiringi saya. Syukur saya masih kuat untuk hadapinya.. 
      
       Disini saya sertakan kata-kata semangat untuk anda semua :-


  1. Jika anda ingin melihat masa lalu, lihatlah keadaan sekarang. Jika anda ingin melihat masa depan maka lihatlah apa yang anda lakukan sekarang.
              " Akan tiba saatnya kita akan berhenti mencintai seseorang.. bukan kerana seseorang itu berhenti mencintai kita melainkan kita menyedari bahawa orang itu lebih berba"hagia apabila kita melepaskannya".

     2. Perbanyakkanlah menggunakan telinga melebihi mulutmu kerana kamu diberi dua tangan dan satu mulut 
          supaya kamu lebih banyak mendengar daripada berbicara.
                    
                    "Kau mungkin dapat bersembunyi dari kesalahanmu tetapi tidak dari penyesalan dan  kau mungkin dapat bermain dengan dramamu tetapi tidak dengan karmamu"
    
       3. Melepasakan seseorang yang kita sangat cintai memang sungguh menyakitkan namum tak semua yang dicintai harus dimiliki.

                " Jangan pernah kita berputus asa jika kamu menghadapi kesulitan kerana setiap titis air hujan yang jernih berasal daripada awan yang gelap".

         4. Seberat apapun beban masalah yang kamu sedang hadapi saat ini, percayalah bahawa semua ini tidak pernah melebihi batas kemampuan kamu.

               " Tegas untuk diri sendiri, buangkanlah fikiran yang negatif dan lakukan kebaikkan maka kegelisahan hanya milik mereka yang berputus asa sahaja".

           5. Tanpa belajar takkan ada perubahan dan tanpa perubahan bererti mati
                  
                   "Kenangan tetap ada tetapi jangan terlalu fokus disana. Hidup bukan untuk kenangan sahaja tetapi untuk masa depan. Tetap bersemangat".

          6.  Cinta tidak memiliki apapun yang kau ingin dapatkan, tapi cinta memiliki semua yang ingin kau berikan.

                   "Ketika terjadi sesuatu masalah yang lebih baik segera kamu baikinya dengan mencari jalan penyelesaian bersama daripada saling berbalah antara satu sama lain"

            7.  Kesabaran merupakan ubat dari segala kesulitan

              " Seorang pemenang takkan pernah berhenti untuk berusaha dan orang yang berhenti berusaha takkan menjadi pemenang"

            8. Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adala untuk mencuba, kerana didalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar untuk bangun dari kesempatan untuk berjaya.

             " Ketika amarah sedang memuncak, kesabaran adlaah pilihan yang terbaik. Marah tidak akan dapat menyelesaikan masalah dan mengalah bukan bererti kita kalah"

        9. Orang-orang berhasil tidak hanya dengankeras hati, melainkan mereka juga bekerja keras yang percaya pada kemampuan diri sendiri

             " Ada banyak cara yang boleh kita lakukan untuk "MoveOn" dan  untuk benar-benar 
boleh bangkit maka semuanya itu harus dimulai dengan niat".

         10.  Kerana patah hati telah mengajar kita satu hal, cinta tidak pernah slaah memilih tempat dimana dan dimana dia harus berada.

               " Ikhlas bukan bereti kita pasrah untuk menerimanya tetap ikhlas adalah kekuatan untuk kita terus berusaha agar dapat yang lebih baik".

sekian......


   

Gembira dan sedih

Today 19/9 adalah birthday anak buah kesayanganku iaitu aqif mikhail yang ke 1.. happy birthday sayang makcik.. i love u dan semoga menjadi anak yang soleh nanti.. amin..
       Makcik sayang aqif..

Selain itu,,anak buahku juga yang Di selangor dikhabarkan demam xkebah2 lagi.. sedihnya dengr berita itu.. 
Sayangku khairul aysar muhaimin n khairul aysar amin semoga kalian cepat sembuh.. Makcik sayang kamu juga.. please be strong.. makcik jauh,xleh balik tengok kalian kt sana.  Cepat2 sembuh tau. Kerna makcik sangat2 sayangkan kalian.. amin..

I  love uolsss..😍😍😍😍

Dari Cik Ra yg sayangkan kalian semua.. 

Thursday, 17 September 2015

SEMESTER 4 UNTUK 2015

Assalamualaikum,

       Berminggu sudah tak update blog.. Nak tau sebab apa ( bajet orang nak sangat la, huhu) . Actually banyak sebabnya so malas nk citer.. hehe..

       Semester baru sudah bermula so lepas nie akan busy dengan ASSIGNMENT, MASUK LAB, PRESENTATION, STUDY (mcm stdy sangat), STUDY GROUP, SIAPKAN PROJEK DAN LAIN-LAIN LAGI.. 
       
       Ada yang tanya awak amik kos FIZIK senang x?? jawapannya, adab study la sayang, adakala senang n adakala susah tapi bagi orang yang minat FIZIK of course akan kata senang dan manakala yang kurang sikit akan kata agak susah sedikit.. its depend pada diri sendiri..

       Adik- adik, kalo korang nak sambung degree dalam pengajian FIZIK, korang kena kental dan bersemangat waja sebab apa?? sebab subjek-subjeknya agak mencabar.. kerena bagi saya subjek fizik agak mencabar juga n di luar pemikiran kita.. hehe.. 

      Okaylah, semester ini saya merupakan pelajar semester 4 dan subjek-subjeknya agak best dan banyak berkaitan matematik.. so adik2 kena mahirkan diri dengan matematik tau.. FIZIK tidak dapat lari dari kira-kira.. harap maklum.. hehe.. 

 Dan ini adalah subjek2 tuk semester 4 :-

PHY501- PHYSICS AND TECHNOLOGY OF NON-DESTRUCTIVE TESTING
PHY548 - DIGITAL ELECTRONICS
PHY 581-ELECTRICITY AND MAGNETISM II
PHY586-MATHEMATICAL METHODS IN PHYSICS
PHY 630- THERMAL PHYSICS
FIN401- INTRODUCTION TO FINANCIAL MANAGEMENT
ENT600- TECHNOLOGY ENTREPRENEURSHIP

korang tengok semester 4, banyak subjek phy, 5 subjek phy yang kena hadap n hadam.. hehe.. ini tidak termasuk lab lagi.. apa2 pun good luck untuk menempuh semester baru untuk semua n saya juga.. 

BYE AND GOOD NIGHT

Thursday, 20 August 2015

mungkir janji lagi

salam,
maaf.. maaf.. dan maaf.. kerena saya memungkiri janji saya..
saya baru ingat nak post pasal koleksi-koleksi novel yang saya sedang jual..
Insyallah esok or minggu depan saya post gambar-gambar novel saya untuk dijual..
Saya jual murah2 aja dan termasuk postage.. nanti saya post okay.. <3

psst :- saya jual novel adalah untuk menampung duit poket di universiti dan membayar sewa rumah.. Dan mesti orang tertanya-tanya napa tidak mintak duit parent??? Sebabnya saya adalah anak yatim piatu. Dan bagaimana duit pembelanjaan harian?? Jawapan saya adalah guna duit simpanan ptptn dan saya terpaksa berjimat cermat untuk meneruskan kehidupan di universiti.. dan sebab itu lah saya jual semua koleksi2 novel.. hanya dengan itu dapat menampung kehidupan di universiti.. :)

Wednesday, 19 August 2015

pusing..pusing.. pusing kepala ini

salam,

 okay.. dah banyak kali aku kata nk pos something.. but tk tulis2 juga sebab malas dan tak mau taip.. hehe..
        okay, malam nie kalo aku rajin aku nak post something..
bye semua.. jumpa lagi dan diharap anda2 semua sihat-sihat belaka.. amin..